PELBAGAI cara atau teknik pemasaran digunakan oleh peniaga-peniaga atas talian bagi mendapatkan perhatian pelanggan.
Antara teknik pemasaran yang sering digunakan oleh peniaga online ialah mengadakan pertandingan atau kontest yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada pelanggan yang layak.
Selalunya, kontest akan dibuat secara ‘live’ menerusi laman sosial kerana ianya lebih mudah dijalankan berbanding kaedah konvensional.
Bagi melayakkan pelanggan menyertai kontest tersebut, mereka perlu terlebih dahulu berkongsi ‘live’ berkenaan ke mana-mana kumpulan Facebook.
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang peniaga online membuat kontest dengan menayangkan ‘puluhan ribu’ duit palsu.
Berdasarkan video tersebut, wanita yang bernama Siti memegang sejumlah wang sambil menjemput netizen menyertai sesi siaran langsung itu.
Kelihatan juga beberapa keping not berjumlah RM100 diletakkan di atas meja.
Insiden kantoi itu dilihat ketika Siti mengambil salah satu not RM100, di belakang not tersebut kelihatan kosong.
Perkongsian tersebut secara tidak langsung mendapat kritikan netizen yang menganggap peniaga tersebut tidak berlaku jujur dan mengaburi mata pembeli.
Walaubagaimanapun, ada netizen mengatakan wang di tangan Siti yang berjumlah RM 2,000 adalah tulen.
Sumber: kulihatlangitbiru.com