Penduduk gempar tanah kubur dibakar, masjid dibaling batu

LEBIH 30 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam As Syakirin Pasir Putih, Bachang dirosakkan, dengan dua daripadanya turut dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab malam tadi.

Kejadian itu menggemparkan penduduk sekitar yang mula bergegas ke tanah perkuburan terbabit, bagi melihat keadaan kubur ahli keluarga masing-masing.

Gambar dan video di tempat kejadian turut dikongsi seorang individu yang dikenali sebagai Zii Thong di Facebook miliknya.

“Allahuakhbar! Ni kalau aku dapat si pelaku ni memang tak cukup makan aku kerjakan,” tulis Zii Thong.

Bukan itu sahaja, sebuah masjid turut menjadi mangsa khianat apabila dibaling batu menyebabkan tingkap masjid pecah.

“Perbuatan khianat berlaku di Bachang. Masjid dibaling batu menyebabkan tingkap pecah. Semoga pelaku ditangkap dengan segera. Biadab!” tulis Facebook Melaka Kini.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan perbuatan tidak bermoral itu dan berharap agar pelaku mendapat balasan setimpal.

Sumber : Zii Thong , Melaka Kini



Sumber: kulihatlangitbiru.com