Nur Sajat Tamat Belajar, Bakal Hadir Konvo Di Jordan


Usahawan terkenal, Nur Sajat bakal menghadiri majlis konvokesyen yang bakal berlangsung pada 1 Julai depan. Menurut pengasas Let’s Cantik ini, majlis konvokesyennya itu akan diadakan di Beirut, di mana lokasi tersebut merupakan institusi di mana Nur Sajat telah menuntut ilmu sehingga memperoleh segulung Diploma dalam bidang Dandanan Rambut.

"Alhamdulillah Sajat akan menghadiri majlis konvokesyen Diploma di Beirut dalam bidang Hair Dresser. Sajat ambil short course atau private course, di mana pensyarah tersebut sememangnya fokus pada Sajat dalam masa sebulan lebih di sana. Sajat akan menghadiri konvokesyen tersebut pada 1 Julai ini. Perasaan sangat gembira akhirnya saya dapat juga segulung diploma walaupun sudah berumur 34," katanya.

Tambahnya lagi, dia mengambil inisiatif untuk belajar dalam bidang dandanan rambut kerana minat kepada bidang penjagaan rambut serta mahu menguasai bidang tersebut dengan sendirinya.

"Kita dalam bisnes ini pemilik atau bos itu sendiri kena belajar, jangan harapkan pekerja. Contohnya kalau pekerja itu tak suka dia boleh lari dan kita pula terkapai-kapai. Jadi kita boleh back-up. Saya ambil bidang ini sebab saya suka kepada kecantikan.

"Pertama sekali penjagaan rambut, dan saya suka akan fesyen rambut. Sebab itu saya nak ambil sijil ini supaya saya ada kemahiran tersebut. Sekiranya ada peluang, InshaAllah nak sambung lagi cuma nak ambil short course," katanya yang bercita-cita untuk menyambung pelajarannya sekiranya mempunyai masa dan peluang.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan





Sumber: Oh! Media