Neelofa Akan Uruskan Kerjaya Adik


Mengikut jejak langkah kakaknya, nama Ameera Khan kini semakin dikenali didalam industri tempatan. Sebagai kakak, Neelofa tegas meneliti sesuatu tawaran yang diberikan kepada Ameera sebelum menerimanya.

"Apa-apa job yang ditawarkan kepada adik perlu melalui saya terlebih duhulu. Saya akan melihat mana yang sesuai untuk Ameera kerana mama akan tanya kepada saya sama ada untuk terima atau tak.

"Berlakon tak la kot, dia cakap Melayu pun tak fasih. Hosting pun okey tapi sekarang dia lebih kepada kempen dan modelling untuk beberapa jenama fesyen. Tidak mengapa dia boleh cuba perlahan-lahan, banyak lagi masa," katanya.

Neelofa memberitahu ibunya, Noor Kartini memberikannya sepenuh kepercayaan dalam memilih tawaran yang diberikan mengikut kesesuaian Ameera. Malah jelas Neelofa, adiknya juga lebih mendengar cakapnya berbanding ibunya.

"Saya lebih suka biarkan dia lalui pengalaman sendiri tapi saya akan bagi dia nasihat. Ameera lebih dengan cakap saya daripada Mama, jadi apa-apa Mama cakap saya akan sampaikan kepadanya," jelasnya.


Sumber: Oh! Media