Baru-baru ini, tular perkongsian seorang wanita yang kali pertama menyambut Aidilfitri bersama tiga anak kembarnya selepas lima tahun berkahwin.
Kisah yang dikongsikan Raihana Kadir itu telah menarik perhatian ramai dan menjadi inspirasi kepada pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan cahaya mata.
Menurut Raihana, di sebalik kisah itu, ada cerita yang belum beliau dedahkan kepada sesiapa sehinggalah mengetahui dirinya hamil, Oktober tahun lalu.
Ikuti perkongsian Raihana di bawah:
Raihana turut mendoakan pasangan yang belum diberikan rezeki anak akan mendapat cahaya mata sepertinya. Dia turut berpesan kepada orang lain agar sentiasa berdoa dan tidak mudah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.
Sumber: kulihatlangitbiru.com