Kucing koma akibat dihentak kanak-kanak datang beraya

IBU BAPA yang membawa kanak-kanak beraya di rumah sahabat atau saudara-mara perlu menasihati anak masing-masing agar menjaga tingkahlaku.

Ini kerana, keletah anak-anak yang masih kecil kadang-kadang menyebabkan tuan rumah pening kepala gara-gara kenakalan mereka yang tidak terkawal.

Sebentar tadi, Facebook pencinta kucing, A Fortress Of Fur telah memuat naik seekor kucing sedang menerima rawatan akibat dihentak benda keras.

Menurutnya, kucing itu dipercayai dihentak oleh kanak-kanak yang datang beraya ke rumah pemilik kucing tersebut.

“Kucing aku baru kena warded 2 hari sebab doktor cakap dia trauma kena hentakan kuat dekat kepala. Bukan nak tuduh, tapi kalau datang rumah beraya, jaga la anak tu dari buat onar,” demikian kata pemilik kucing yang dikenali sebagai Nurush Shahindah.

Tambah Nurush Shahindah lagi, kucingnya berkemungkinan lumpuh sekiranya ia tidak menunjukkan sebarang reaksi positif.

Sementara itu, admin page A Fortress Of Fur menasihati para ibu bapa supaya sentiasa mengawal kelakuan anak mereka di rumah orang.

“Jangan lupa semaikan perasaan cintakan haiwan. Kerap juga saya tengok ibu bapa biarkan anak mereka main kasar dengan anak bulus tuan rumah. Kalau terjadi macam ni siapa nak jawab?,” katanya.



Sumber: kulihatlangitbiru.com