Kucing comel berbulu oreng ini terpaksa melalui detik-detik hitam dalam hidupnya apabila kehilangan keempa-empat kaki akibat cuaca sejuk melampau serendah -40 darjah celcius, Januari lepas di Rusia. Ryzhik, ketika ditemui oleh penyelamatnya berada dalam timbunan salji dengan bulunya membeku.
Semua kakinya membeku dan gangrene membentuk dengan cepat menjadikan satu-satunya pilihan untuk menyelamatkan nyawa kucing ini adalah dengan memotong kesemua bahagian tersebut. Mujurlah, Ryzhik dibela oleh penjaga yang mempunyai idea tersendiri untuk memastikan kucing comel ini kembali boleh bergerak dengan lincah.
Kucing ini kemudian dibawa ke sebuah klinik haiwan di Novosibirsk untuk mendapat dua pasang kaki palsu untuknya. Bukan itu sahaja, Ryzhik kini dipercayai merupakan satu-satunya kucing di Rusia yang memiliki kaki palsu.
Sumber: Oh! Media