Pelantikan Latheefah Koya sebagai ketua pengarah SPRM yang baru telah menyebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergolak kerana ada beberapa anggota tertinggi parti yang mempertikaikan pelantikan berkenaan meskipun ada yang menyokong.
Ahli Parlimen Setiawangsa yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa lantikan berkenaan tidak selari dengan janji Pakatan Harapan dalam manifesto pilihanraya yang mahu SPRM melapor terus pada Parlimen dan bukan perdana menteri. Bertindak dari itu, Nik Nazmi telah menyokong petisyen untuk Latheefah Koya meletakkan jawatan menerusi ciapan Twitter dan turut bersependapat, ahli parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew.
Membalas ciapan Nik Nazmi, ahli pemuda PKR Habib Mazlan memuat naik manifesto Nik Nazmi ketika bertanding untuk jawatan di dalam PKR. Habib Mazlan mengingatkan bahawa Nik Nazmi juga gagal menjalankan manifestonya kerana tidak melakukan persidangan pelantikan ketua pemuda PKR negeri seperti yang dijanjikan.
Zuraida Kamaruddin, pemimpin PKR, orang kanan Mohamed Azmin juga bertindak mengulang ciap post Habib Mazlan dengan menyatakan bahawa pemuda PKR tidak mengadakan mesyuarat biro politik lebih setahun. Disini wujud kecenderungan untuk melihat perbezaan itu sebagai perpecahan antara kem Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sumber : New Malaysian Post
Sumber : New Malaysian Post
Sumber: Oh! Media