Kerajaan PH urus BSH macam tikus baiki labu, menyusahkan rakyat!

TIGA kali kami pergi ke Bank BSN Rawang untuk buka akaun atas nama saya. Sebab tahun ni tiba-tiba kerajaan masukkan duit BR1M @ saraan hidup atas nama isteri.

Saya pergi dua hari sebelum raya. Dapat borang selepas beratur panjang dari jam 9.30 pagi dan sampai jam 12 tengah hari tunggu. Kata polis bantuan setiap orang akan dilayan dalam 20 minit.

Saya tunggu 3 jam. Gagal kami pulang. Sebab yang tunggu hari tu sampai jam 3 petang pun tak dapat buka akaun.

Orang ini saya jumpa semalam Jumaat. Kita raya Rabu. Dia kena isi borang baru. Saya, suami pergi minta borang balik. Giliran 50 orang lagi masa tu. Nasib baik balik. Masa tu semua buat manual. Ambil borang dan tunggu nama dipanggil.

Kami datang balik Jumaat 7 Jun. Tunggu lagi dari pagi sampai jam 12.30 tengah hari sebelum tutup rehat untuk solat Jumaat dan buka jam 2.30 petang. Jam 4.14 petang baru akaun selesai. Kali ni guna angka giliran. Saya dapat no 50052.

Petang datang jam 2.45 ehhh dia orang panggil manual balik semula. Nombor giliran semua tertera kat monitor. Dahlah bising nama tu sayup-sayup dengar. Nasib baik saya dapat kerusi duduk kat depan kaunter.

Okay kisahnya bukan fasal saya tapi fasal ibu-ibu yang bawa anak kecil. Tersadai di merata tempat. Bank bising gegak, hiruk pikuk dengan suara baby meraung, anak kecil kelaparan dan ibu yang berjam-jam dukung anak sambil badan bergoyang jadi buaian. Mungkin ibu tak bawa makanan sebab ingat cepat.

Ramai yang marah, saya nak tulis maki hamun kan bunyi kasar. Sebabnya dua tiga kali menunggu macam kerja bodoh kata si isteri dan suami. Macam kena dera, pajam. Tu belum lagi sakit hati dan telinga duk dengar kutukan kerajaan kata Melayu pemalas, makan dedak dan asyik tunggu subsidi.

Anak pemimpin dipuji hebat dan mereka dapat kontrak Telekom 11 juta, duit tabung harapan ratus juta dan projek kroni bilion dolar buka bandar Langkawi tapi rakyat dikeji sebab BR1M.

Bukan orang Melayu saja yang lalui proses ni, Cina tua yang guna ejen sebab tak reti tulis dan cakap bahasa Melayu, India dan saya taktahulah di Sabah Sarawak tu ada tak pribumi dapat benda ni. Selepas dikeji kerajaan, nah ambik duit ni dengan proses yang sakit otak kena lalui.

Duit BR1M ni dulunya diberi dengan lapang dada oleh kerajaan yang dipimpin oleh UMNO, MCA, MIC dan lebih 10 parti komponen. Dikeji DEDAK oleh kerajaan yang dipilih oleh pemakan dedak.

Ada yang datang sejauh Bukit Beruntung tak balik raya sebab takde duit. Ibu ni semalaman tak tidur sebab kerja di kedai 24 jam dan malam nanti kena kerja pula. Rata-rata ibu ini datang dari mana saja daerah kecil di Rawang yang tak ada bank BSN.

Saya dan ibu-ibu ini bukan saja marah dan sakit hati. Dahlah nak raya, macam-macam kena selesaikan. Sistem baru ni macam dibuat oleh orang cacat akal dan sangat dungu. Kenapa masa update info dulu, tak minta akaun isteri.

Tu yang lebih 300,000 tak dapat duit tu. Bukan sesat alamat, tapi duit tu kononnya nak bagi kat isteri. Akhirnya suami isteri tak buat kerja. ‘Tok laki dok teman, jadi drebar dan uruskan buka akaun, bini dok sebelah tunggu’.

Tak heranlah semalam, tiba-tiba India badan besar ni tinggikan suara kat staf bank tu. Kesian dua-dua jadi mangsa. Staf bank terkincit dalam seluar kot sebab dari buka bank sampai jam 1 tak rehat. Sat-sat lari ke mesin fotostat.

Nilah bila tikus mundok baiki labu. Hilang dah rasa syukur timbul pula maki hamun kat kerajaan. Menyusahkan rakyat. Ada yang cakap 14 hari bulan baru keluar surat dapat ke tidak dan cuba bayangkan wanita di ceruk kampung, ‘lagu mano dia nok gi bandar untuk buka BSN ni’.

Oklah lepas 3 kali pergi mari hingga terlepas ajakan ‘anok nantu gi’ shopping baju raya, sebab dua hari terakhir jer dia orang dapat curi masa nak bawa kami, saya gagal buka akaun, peti ais tertiba rosak dan habis barang basah raya buang ke tong sampah dan saya kepenatan. Akhirnya raya saya tahun ni ke laut jadinya.

Terima kasih Datuk Seri Najib Razak kerana ilhamkan BR1M yang terpaksa diteruskan oleh kerajaan sekarang. Akhirnya saya dapat DEDAK. Tiga hari lepas raya yang ‘kalu’ rezeki kita, tu tak ke mana ginya.

Sharelah post ni yang saya dan ratusan rakyat lalui di bank BSN. RM22 x 300,000 = ? RM10 simpanan dan RM12 servis buat kad. Satu janaan ekonomi baru ‘buto-buto’ dapat.

Kartini Mohd Noor
Bekas wartawan

Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan pendirian portal ini. Artikel ini pertama kali disiarkan dalam laman Facebook penulis.



Sumber: kulihatlangitbiru.com