Atas arahan kerajaan Amerika Syarikat, game MOBA yang cukup popular, League of Legends (LoL) telah dihalang dimainkan di Iran dan Syria. Halangan ini berikutan hubungan yang semakin tegang antara kedua-dua negara tersebut dengan Amerika Syarikat.
Menurut laporan Dot Esports, sejak 22 Jun lalu, pemain dari kedua-dua negara itu dilaporkan menerima mesej yang memaklumkan bahawa LoL telah dihalang di negara masing-masing berikutan sekatan dagang yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Pembangun LoL, Riot Games, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, nampaknya tiada pilihan lain melainkan terpaksa mematuhi arahan tersebut.
Amerika Syarikat sejak belakangan ini cukup garang dalam membuat sekatan-sekatan dalam pelbagai industri. Antara yang menjadi perbualan global ialah perbalahan antara Amerika Syarikat dengan China melalui Huawei. Terkini, ini mungkin kali pertama kita melihat sesebuah video game online disekat atas faktor ketegangan yang berlaku antara negara.
Sumber: JomGaming
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media