Kejohanan Dragon Ball FighterZ World Tour 2019/2020 Akan Berlangsung Di Los Angeles



Tahun lepas, Bandai Namco membawa kejohanan Dragon Ball FighterZ buat pertama kali dengan kerjasama Twitch. Terkini bagi tahun ini 2019 dan 2020 ini, Bandai Namco membawa kembali kejohanan tersebut yang mana kali ini mereka bekerjasama bersama Red Bull.

Dragon Ball FighterZ World Tour 2019/2020 adalah kejohanan global yang bakal bermula bulan ini sehingga awal 2020 kelak. Pusingan kelayakan pertama akan bermula di CEO Fighting Game Championships pada 28 hingga 30 Jun ini di Daytona Beach, Florida. Diikuti dengan acara EVO pada Ogos ini dan di negara Jepun dan Sepanyol sekitar penghujung tahun ini.

Menurut Bandai Namco, pusingan akhir akan berlangsung di Perancis melalui kejohanan Dragon Ball FighterZ World Tour Red Bull Finals. Kejohanan akhir tersebut juga akan bertempatkan 16 pemain terbaik di melalui pusingan kelayakan.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan kejohanan Dragon Ball FighterZ World Tour, anda boleh ke laman rasmi kejohanan tersebut. Buat masa ini, senarai kelayakan bagi rantau Asia Tenggara masih belum dikongsikan. Kami pasti akan mengemaskininya jika terdapat sebarang pengumuman.

Dragon Ball FighterZ adalah permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z dan ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.






Sumber: Aksiz

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media