Tak sangka langsung watak dalam cerita kanak-kanak popular Elly & Epit yang menunjukkan Hujan lakonan Hadi Mazlan yang mengejar cinta Diana lakonan Siti Amirah Dayana itu betul-betul terjadi di alam nyata.
Memang benarlah jodoh itu rahsia Allah.
Siapa sangka selepas tujuh tahun, dua pelakon kanak-kanak yang membintangi Elly & Epit sekitar tahun 2011 kini telah selamat bergelar suami isteri.
Ini bukan lakonan, ini betul-betul
Hadi dan Siti Amirah telah selamat dinikahkan di Surau At-Taqwa Batalion 4, Semenyih, semalam selepas mengikat tali pertunangan pada November lalu.
Gembira dengan penyatuan dua jiwa ini, kedua-dua ibu kepada pengantin telah berkongsi berita gembira tersebut di media sosial masing-masing.
Kawan sejak drama ‘Elly & Epit’ bertukar jadi cinta
Menurut ibu Hadi, Anggraini Agam, perkenalan anaknya dengan Dayana mulai rapat sejak mereka sama-sama berlakon dalam drama ‘Elly & Epit’ sebagai pelakon kanak-kanak.
Semoga berkekalan…
Justeru, wanita itu berharap agar hubungan yang dibina anaknya kekal hingga hujung nyawa dan urusan dalam rumah tangga sentiasa dipermudahkan.
Berikut gambar sekitar majlis pernikahan Hadi Mazlan dan Dayana.
Sumber: Anggraini Agam DrAya & Aida Daud
Sumber: kulihatlangitbiru.com