Viral di media sosial beberapa gambar menunjukkan seorang wanita bersama dua kanak-kanak sedang duduk di tengah jalan raya di Tehel, Melaka pada malam raya yang lalu.
Kejadian tersebut disedari oleh seorang individu, Qaseh Suri bersama beberapa pemandu kenderaan yang lain.
Mereka kemudiannya berhenti untuk membantu tiga beranak yang kelihatan tidak terurus itu selain mengetahui masalah yang menimpa mereka.
Menurut Qaseh Suri, wanita itu bersama anak-anaknya ditinggalkan oleh suaminya tanpa diketahui sebabnya.
“Wanita itu meraung-meraung memanggil nama suaminya. Kusut nampak keadaanya ketika itu. Bila ditanya tak mahu bercakap. Bila tanya si anak, katanya, ayah tinggalkan mereka di situ,” katanya.
Qaseh Suri sempat merakam beberapa gambar keadaan tiga beranak itu sebelum dimuat naik ke Facebook.
Ia kemudiannya viral sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber: kulihatlangitbiru.com