Kanak-kanak disahkan rabun jauh teruk akibat main telefon sejak usia setahun

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan mengalami masalah penglihatan kurang jelas atau rabun selepas terlalu kerap bermain telefon bimbit, lapor World of Buzz.

Menurut sumber, ibu bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Xiao Man tidak tegas dan selalu membenarkannya menggunakan telefon bimbit sepanjang masa sejak dia berusia setahun lagi.

Xiao Man dikatakan lebih diam dan tenang apabila diberi menggunakan telefon bimbit membuatkan mereka sentiasa memberinya telefon bimbit sepanjang masa.

Setahun kemudian, keadaan Xiao Man mula berubah tetapi keluarganya menyangka perubahan itu cuma kesan dari kekerapan menggunakan telefon bimbit dan tidak mengambil endah mengenainya.

Sehinggalah pada suatu hari, Xiao Man dibawa ibu bapanya untuk menjalani pemeriksaan mata dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati anak perempuan mereka itu mengalami rabun jauh, 900 degree.

Menurut pihak hospital, Xiao Man terlalu muda diberi menggunakan alat peranti elektronik dan kekerapan penggunaan itu telah merosakkan matanya.

Keadaan itu akan bertambah teruk apabila Xiao Man meningkat dewasa.

Justeru, doktor menasihatkan kanak-kanak di bawah usia tiga tahun tidak diberi menggunakan telefon bimbit. Sementara golongan kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun hanya diberi menggunakan telefon bimbit selama 30 minit setiap hari.

Tambahnya lagi, ibu bapa boleh mengesan simptom-simptom ketagihan anak pada telefon bimbit dengan melakukan pemeriksaan mata mereka. Ini termasuk anak-anak sering mengosok mata, kerap mengerlip mata, muka berkerut bagai.



Sumber: kulihatlangitbiru.com