Kanada Tidak Bercadang Untuk Ambil Semula Sisa Plastik di Malaysia


Nampanya masalah pembuangan sisa plastik (sampah) dari negara luar ke dalam negara kita masih belum selesai sepenuhnya apabila ada beberapa negara enggan mengambil semula sampah mereka. Kanada merupakan antara negara yang tidak ingin menerima semula sisa plastik mereka.

Perkara ini dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Alam Sekitar Kanada setelah kerajaan Malaysia berkata akan menghantar balik 3,000 tan sisa plastik ke 14 negara asal, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Australia dan Britain.

“Kerajaan di Ottawa tidak bercadang mengutip balik sisa buangan di Malaysia.” - jawab Gabrielle Lamontagne.

Pihak Kanada juga mendakwa mereka tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai penghantaran sisa plastik itu ke Malaysia dan meminta untuk mendapatkan butiran penuh.


Sumber: Oh! Media