‘Kalau Ikhlas Bawa Ke Veterinar, Beruang Bukan Kucing Kurap’ – Maya Karin


Jika semalam penjelasan artis Zarith Sofia mengenai anak beruang yang ditemui di kondominiumnya menjadi bualangan hangat warganet, hari ini beberapa rakan artis turut mengulas isu tersebut.

Antara yang paling lantang ialah pelakon popular, Maya Karin yang mempersoalkan keikhlasan Zarith Sofia atau lebih mesra dengan panggilan Pia merawat haiwan berkenaan. Maya meragui niat Pia membawa balik anak beruang berkenaan ke rumahnya.

“Tidak saya tak fikir begitu,” kata Maya sambil berkongsi pautan berita yang memetik penjelasan Pia bahawa dia membawa haiwan berkenaan ke rumahnya dengan niat untuk merawat. Maya berkata, jika Pia ikhlas, wanita itu sepatutnya membawa haiwan berkenaan ke klinik veterinar.

“Kalau jumpa beruang tepi jalan nak selamatkan penuh ikhlas, sekurang-kurangnya kita akan bawa ke veterinar yang akan buat laporan.

“Beruang… bukan kucing kurap boleh jaga dengan nasi, ikan seumur hidup,” katanya.

Sumber : New Malaysia Post


Sumber: Oh! Media