Kaki Bubble Tea? Lepas Ini Anda Perlu Berhati-Hati


Teh pada asalnya antara minuman yang baik untuk kesihatan. Ia menganduingi antioksidan yang unik di kenali sebagai flavonoids. Ia membantu untuk menghapuskan radikal bebas didalam tubuh yang boleh menyebabkan kanser dan penyakit jantung.

Satu kajian menunjukkan risiko serangan jantung berkurang sehingga 20 peratus dan risiko serangan strok berkurang sehingga 35 peratus buat mereka yang minum 1 hingga 3 cawan teh hijau setiap hari. Risiko serangan jantung berkurang sehingga 32 peratus buat mereka yang minum 4 cawan atau lebih teh hijau setiap hari.

Namun setelah dicampurkan dengan pelbagai bahan lain, ia menjadi minuman yang sangat tinggi gula. Misalnya "bubble tea".



Berdasarkan infografik diatas, "bubble tea" mempunyai kadar gula paling tinggi berbanding minuman bergas bikarbonat, Coca Cola. Oleh yang demikian, "bubble tea" bahaya di minum selalu kerana boleh mengundang kepada penyakit kecing manis dalam jangka masa panjang.



Sumber : Facebook Public Health Malaysia dan AIA

Sumber: Oh! Media