JDT Pasukan Ketiga Berjaya Ke Liga Juara-Juara AFC 2020


Pasukan bola sepak Johor Daruk Ta'zim akhirnya berjaya melayakkan diri mereka ke Liga Juara-Juara AFC Peringkat Kumpulan 2020 dan JDT merupakan kumpulan yang ketiga berjaya ke AFC ini.

Kejayaan JDT dalam kejuaraan Liga Super 2019 sebelum ini menjadikan mereka secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 yang merupkan penyertaan kedua kali berturut-turut sejak layak tahun lalu.

Saingan di peringkat tertinggi Asia adalah menjadi idaman JDT kerana banyak kelebihan yang akan diperoleh berbanding dengan saingan Piala AFC.

JDT menjadi kelab ketiga dari Zon Asia Timur yang sudah mengesahkan tempat di peringkat kumpulan ACL 2020 selepas dua kelab dari Australia iaitu Perth Glory dan Sydney FC.

Untuk pengetahuan korang, JDT telah mendapat kujuaraan bagi peringkat Piala AFC pada tahun 2015 selepas mengalahkan pasukan Istiklol FC 1-0 di Dushanbe.

Kesemua perlawanan ACL 2020 di tempat sendiri dijangka berlangsung di stadium baharu JDT, Stadium Sultan Ibrahim, stadium tercanggih Asia Tenggara dalam konteks bola sepak.

Sumber: Johorsanasini

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media