Ini bukan kali pertama, Fynn Jamal ditegur oleh pendakwah berikutan soal jawab berkaitan agama dari pengikutnya di Instagram. Baru-baru ini, Fynn Jamal ada memberi respon mengenai solat tasbih antara yang ditolak kerana tiada dalil.
Nampaknya, perkongsian penyanyi itu sekali lagi mendapat perhatian pendakwah Musytaq Al-Ash’ari yang menegur Fynn Jamal serta memintanya supaya berhenti kelirukan orang ramai.
Menurut pendakwah itu lagi, beliau juga tidak memahami mengapa masih ramai lagi mereka diluar sana bertanyakan soal agama kepada artis. Beliau turut meminta Fynn Jamal berhenti menjawab soalan berkaitan agama kerana itu bukan bidangnya.
Dalam pada itu, Musytaq Al-Ash’ari turut berkongsikan fatwa mengenai solat Tasbih daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Terdahulu, Fynn Jamal pernah mencetuskan kontroversi dan ditegur beberapa ahli agama gara-gara menyamakan solat lelaki dan wanita.
Rasanya lebih baik jika bertanyakan soal agama kepada ahli agama atau mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut daripada bertanya kepada artis atau instafamous.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media