'Inilah sebab aku tak suka budak-budak ramai' - Cermin kereta pecah di raya kedua angkara anak-anak tetamu yang buas


"Inilah sebab aku tak suka budak-budak ramai, pastu jenis anak buas mak bapak tak reti nak jaga. Main baling-baling batu kena cermin kereta aku," demikian luah seorang pengguna Twitter 6 Jun lalu. 

Menurut Muhammad Fairus Abu Bakar, 27, kejadian itu membuatkan dia hilang mood untuk beraya kerana geram tidak mengetahui siapa pelakunya sehingga menyebabkan cermin belakang kereta Proton Persona miliknya pecah dipercayai angkara perbuatan anak tetamu yang datang beraya ke rumah keluarganya. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 12 tengahari, syawal kedua, di Kampung Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu, ketika Muhammad Firdaus menerima kedatangan tetamu. 

"Saya meletak kereta di perkarangan rumah dan bukan di dalam garaj kerana sudah penuh dengan kenderaan adik-beradik lain. 

"Sewaktu kejadian, saya sedang asyik berbual dengan rakan di luar rumah dan hanya menyedari apa yang berlaku selepas ke kereta untuk mengambil duit raya yang mahu diberikan kepada anak tetamu.





"Saya tak mahu menuduh sesiapa kereta tidak menyaksikan sendiri insiden berkenaan tetapi sehingga kini tiada sesiapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengakui kesalahan itu dan jauh sekali tampil memohon maaf. 

"Kereta itu baru setahun digunakan selepas dibeli pada tahun lalu. Saya nampak kanak-kanak bermain batu pada hari kejadian dan tidak pasti jika mereka yang melakukannya tanpa sengaja tetapi hanya mereka yang ada di luar rumah ketika itu," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini di Twitternya, Muhammad Fairus memaklumkan anak kepada rakannya mengakui perbuatannya itu. 

"Tadi member mengaku anak dia yang buat, anak dia buat tapi tak beritahu mak dan ayah dia. Tadi baru tahu anak dia yang buat. Dia pun dha mengaku dan akan bertanggungjawab ke atas segala kos," katanya. 

Kejadian itu membuatkan dia berasa bimbang untuk menerima kedatangan kanak-kanak beraya di rumah selepas ini dan akan mengambil langkah berhati-hati kerana enggan kejadian yang sama berulang. 



Sumber : thereporter.my