KUALA LUMPUR – Aktres popular, Fasha Sandha mengumumkan berita duka apabila mengesahkan kandungan ketiganya yang berusia hampir dua bulan mengalami keguguran.
Fasha, 35, memberitahu perkhabaran tersebut menerusi satu kemas kini di laman Instagramnya pada pagi Isnin.
“Buat peminat saya, terima kasih atas setiap semangat yang anda kirim sepanjang kehamilan saya ini namun dengan berat hati saya ingin beritahu bahawa saya telah keguguran.
“Saya mohon maaf buat suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma atas berita sedih ini,”tulisnya pada status berkenaan.
Tambah Fasha, dia meletakkan punca keguguran pada dirinya yang terlalu aktif terutama sepanjang sambutan Aidilfitri minggu lalu hingga lupa akan nasihat doktor.
“Saya tidak dengar nasihat doktor yang menyuruh berehat dan jangan terlalu lasak.
“Saya naik turun keretapi, jalan laju-laju,buat kerja sampai terlupa ada bayi kecik dalam perut ini. Saya tahu, saya bukanlah ibu yang terbaik,”luah Fasha sayu.
Fasha dan suami yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz, mendirikan rumah tangga di Perlis pada 30 Mac lalu. – K! ONLINE
Sumber: kulihatlangitbiru.com