Penunggang motosikal yang didakwa memecahkan cermin depan sebuah kenderaan kerana berang dihon, dibebaskan dengan jaminan Jumaat lalu.
Danial Tan Abdullah dibebaskan sementara menunggu permohonan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadapnya didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
31 Mei lalu, Danial dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut.
Difahamkan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis berdekatan dua kali setiap bulan.
Tertuduh telah memfailkan permohonan semakan terhadap hukuman penjara dikenakan terhadapnya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
- Suspek dicekup, motosikal dan helmet dirampas
- (Video) Marah kena hon, penunggang motosikal pecahkan cermin kereta
- 'Dia hendak melanggar & menghimpit saya' - Danial mengaku bersalah, mahkamah jatuhkan hukuman penjara 525,600 minit
- 'Saya ingin tawarkan diri untuk ganti cermin Alza itu' - Tak sanggup lihat 2 anak kecil beraya tanpa bapa, lelaki ini tawar diri untuk bantu Daniel
Sumber : thereporter.my