Terlalu banyak ragam yang dapat dilihat raya tahun ini, ada yang lucu, ada yang sedih dan ada juga yang hanya menunjukkan sikap yang kurang baik. Terbaru, tersebar pula satu lagi video yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak yang sedang keluar berjalan raya. Dari dahulu sehingga ke hari ini, kita masih boleh melihat suasana anak-anak kecil keluar beramai-ramai untuk beraya. Tapi lain pula ceritanya dengan situasi ini.
Pagar rumah diconteng budak berbaju hijau
Dalam video tersebut, dapat dilihat kanak-kanak yang berdiri di hadapan pagar sebuah rumah dan terlihat seorang budak perempuan berbaju hijau sedang menconteng pagar.Situasi yang dapat dirakan dalam kamera litar tertutup (CCTV) itu bagaimanapun disedari oleh kanak-kanak yang lain, tetapi hanya melambaikan tangan dengan syarat untuk menyuruh tuan rumah untuk membuka pagar.
Rumah jiran sebelah turut menerima nasib yang sama
Walaubagaimanapun, tuan rumah ketika itu sebenarnya sedang keluar beraya dan menyedari pagar mereka diconteng selepas pulang ke rumah. Menurut apa yang dijelaskan oleh Z.Razali di laman twitternya, rumah jiran sebelah turut terkena situasi yang sama, cuma mereka bernasib baik kerana CCTV berjaya merakam kejadian itu.“So earlier today masa kitorang balik dari visiting raya, we were surprised that gate and tile at our house kenda scribbled.
“But unfortunately our CCTV tak boleh nampak who did it. But orang jiran sebelah pun kena and luckily their CCTV dapat tangkap the video.
Kami tidak dapat mengenal pasti kejadian ini berlaku di mana. Tetapi berdasarkan perkongsian yang lain, terdapat juga ramai lagi orang lain turut pernah menerima nasib yang sama, sehinggakan ada kereta yang turut diconteng.
Ini merupakan rakaman video hasil perkongsian Z.Razali
Wahai parents, pls lah advice your children. This is not how you act dekat property org. Whoever yg kenal budak2 tok pls lah advice sidak. Bukan nya percuma org bebeli ngan cat just to padam whatever yg sidak conteng siya. pic.twitter.com/npZchieq2J— Z.Razali (@ZeiqaRazali) June 10, 2019
Ramai netizen turut berasa geram melihat tingkah laku kanak-kanak terbabit
Oh! Media: Apa yang dapat dilihat dari situasi sebegini, ianya bermula dari didikan di rumah. Jika mimin dulu, kami selalu diingatkan untuk tidak pergi beraya berseorangan dan dalam kumpulan mesti ada seorang yang dewasa yang boleh menjaga tingkah laku dan keselamatan sewaktu pusing satu kampung. Memang seronok bila dapat pusing satu kampung dan jumpa semua orang. Cuma sekarang ni, aura untuk bertemu semua orang tu dah kurang kerana lebih mengaharapkan duit raya. So, jadikan pengajaran ok! Pantau anak-anak kita.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media