"Berhenti Cucuk Muka Sebab Nak Dapatkan Anak" - Siti Elizad


Usia perkahwinan sudah memasuki empat tahun, sebelum ini pelakon Siti Elizad sering berkongsi cerita bahawa dia sangat menginginkan cahaya mata. Elizad mendedahkan demi untuk mendapatkan zuriat, dia telah berhenti membuat rawatan kecantikan wajah sejak setahun lalu. Menurut Elizad, potensi untuk hamil lebih tinggi jika dia berhenti melakukan rawatan suntikan pada wajah.

"Tipulah kata tak pergi tempat kecantikan, setakat cucuk-cucuk (rawatan wajah) saya buat tetapi bukan berlebih-lebih. Tapi sekarang ni saya tinggalkan rawatan itu sebab nak dapatkan anak. Doktor tak cadangkan untuk buat apa-apa takut mengganggu.

"Lagipun saya ada cyst dan baru saja menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang 4 kilogram cyst dalam badan. Oleh itu, saya tak digalakkan mengambil suntikan atau makan produk kecantikan sebab dia akan ikut membesar," katanya.

Dalam pada itu, Elizad meluahkan keinginannya serta berharap untuk menimang cahaya mata tahun ini. Ketika ini juga dia ada mengambil ubat kesuburan sebagai langkah awal.

"Rawatan saya bermula daripada bawah, selama ini saya tak tak pernah cerita sebab sebenarnya saya mencuba setiap tahun. Jadi sekarang doktor menyarankan saya mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan rawatan ke peringkat IUI atau IVF," katanya. Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan



Sumber: Oh! Media