Bekas Pengarah Epic Games "Rod Fergusson" Pernah Bercadang Untuk Membatalkan Fortnite



Rod Fergusson yang merupakan bekas pengarah Epic Games pernah bercadang untuk membatalkan permainan yang sedang meningkat naik pada masa kini iaitu Fortnite pada awal pembangunannya. Beliau juga mengatakan bahawa permainan ini tidak akan wujud jika beliau masih lagi berada di syarikat tersebut.

Untuk pengetahuan korang, Rod Fergusson kini merupakan ketua bagi syarikat The Coalition ( Gears Of War ). Beliau meninggalkan Epic Games pada 2012 di mana ketika itu beliau cuba untuk membatalkan permainan fortnite sebelum team developement mereka menambah mode batte royale. Fortnite dikeluarkan pada bulan Julai 2017 dan Epic Games telah menambah mod battle royale selepas 2 bulan ianya dikeluarkan.

Selain itu, Rod Fergusson juga ada berkata “Sebelum saya keluar, saya cuba untuk membatalkan Fortnite. “Sebagai seorang pengarah produksi pada masa itu, permainan itu tidak mencapai tahap yang saya mahukan. “Permainan yang kamu semua suka sekarang dan terkenal di seluruh dunia pada masa kini tidak akan wujud jika saya masih berada di Epic.”






Oh! Makan






Sumber: Oh! Media