Bau Busuk Semakin Kuat dan Ramai Yang Jatuh Sakit


Apa yang berlaku sebenarnya? Masih belum reda dengan masalah pencemaran kimia di Sungai Kim Kim pada Mac lalu, kini Pasir Gudang mengalami pencemaran udara yang masih belum dapat dikesan di mana puncanya.

Penduduk di sekitar berkongsi keadaan di sana yang menyatakan bau busuk akan lebih kuat apabila hari hujan yang akan memberikan simptom sesak nafas dan muntah-muntah.

Ada juga yang menyatakan bahawa bau busuk ini sudah ada semasa masalah Sungai Kim Kim lagi, cuma kini ia menjadi semakin kuat dan membimbangkan.

Ia adalah pencemaran kali kedua berlaku di Pasir Gudang selepas kejadian pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim tiga bulan lalu, yang menyaksikan lebih 4,000 orang jatuh sakit dan 111 buah sekolah ditutup.

Harap ianya dapat ditangani segera dan pihak yang bertanggungjawab terhadap situasi ini dapat dikesan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Sumber: Oh! Media