Seorang calon Perdana Menteri Britain iaitu Michael Gove telah membuat pengakuan bahawa beliau pernah mengambil kokain beberapa kali dan menyatakan bahawa dia amat menyesali atas perbuatan itu.
Michael Gove merupakan calon utama untuk menggantikan Perdana Menteri Britain, Theresa May dan The Daily Mail melaporkan bahawa Gove berkata, mengambil dadah itu dalam satu perjumpaan sosial, ketika berkhidmat sebagai wartawan muda.
“Ia satu kesilapan. Apabila dikenang saya berharap tidak melakukannya. Ia 20 tahun lalu dan adalah satu kesilapan. Namun, saya tidak percaya kesilapan lampau tidak menghapuskan kelayakan kamu,” katanya.
Pendedahan itu berlaku, ketika perlumbaan menggantikan May kian sengit dengan ramai calon masing-masing berhujah mengenai hak dan kesilapan Brexit tanpa perjanjian.
Sumber: Oh! Media