Kata orang, hendak mendapatkan tubuh badan yang cantik bak ‘supermodel’ itu merupakan sesuatu yang susah serta memerlukan banyak pengorbanan yang meliputi masa, fizikal serta mental.
Namun, lambakan produk-produk kurus serta alatan untuk menampakkan tubuh yang langsing telah membuat ramai diantara kita terjerat hasil daripada produk serta testimoni-testimoni yang kebanyakkannya palsu.
Hendak mendapatkan bentuk badan ini seelok-eloknya bukanlah dengan menggunakan serta mempercayai sesuatu produk. Malah produk-produk ini hanya akan menjejaskan kesihatan korang sahaja.
Pada hari ini, kita dapat melihat bahawa ramai orang terutamanya wanita menggunakan corset ataupun bengkung untuk menyorokkan perut serta menampakkan kelangsingan badan.
Baru2 ni aku ada perasan tweet pengasas bengkung masuk hospital dan org cakap sebab pemakaian bengkung/corset. Nak tahu betapa bahaya pemakaian corset/bengkung kerengga keatas badan korang?
— Aush Abdul (@aushabdul_) June 11, 2019
Ini adalah thread: pic.twitter.com/6NK9oG5dw8
Namun, tahukah korang bahawa bengkung ini sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan si pemakainya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Aush Abdul tentang kesan-kesan pemakaian bengkung yang boleh menjejaskan kesihatan si pemakainya.
1. Radang kulit
Kau bayangkan, ikat corset ketat-ketat lepastu seharian pakai corset dalam jangka masa lama, dengan material yang belum tentu selesa dengan kulit yang boleh membuatkan gatal2. Silap haribulan jangkitan pada kulit pun boleh kena.
2. Acid reflux
Pemakaian corset menyebabkan anda menekan bahagian pertengahan badan yang boleh menyebabkan perut anda ke atas dan peluang untuk anda mengalami pedih ulu hati dan tidak penghadaman adalah tinggi. Bayangkan lama2 nanti boleh kena ulser.
3. Pernafasan
4. Lebam
Lebam (bruises) boleh jadi disebabkan oleh trauma. Saluran darah yang halus2 (capillaries) pecah menyebabkan darah terkumpul di bawah permukaan kulit.Trauma ni macam2.. dalam kes ni, kalau pakai corset ketat2 maka chances berlakunya contusion adalah tinggi.
5. Kebas (Numbness)
Bila tekanan berlaku, bukan sahaja peredaraan darah terganggu, malah saraf juga boleh terganggu. Korang akan rasa macam tercucuk-cucuk atau kebas dekat kawasan dari pinggang ke kaki (lower limb)
6. Psychology
Sumber: Oh! Media