Arsenal Akan Menjadi Rakan Rasmi PES Sehingga 2022



Konami telah mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharui kerjasama jangka masa panjang bersama kelab bola sepak dari utara London, Arsenal FC. Kerjasama ini akan kekal sehingga tahun 2022. Dalam game terbaru eFootball PES 2020 yang akan dilancarkan pada beberapa bulan lagi, beberapa pemain legenda Arsenal serta Stadium Emirates akan dibawa masuk ke dalam game dengan lebih tepat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pengarah Komersil Arsenal, Peter Silverstone berkata: “Kami sangat gembira untuk menyambung kerjasama global kami bersama Konami. Sekarang di tahun ketiga, hubungan kami diteruskan dengan semakin kuat. Kami teruja untuk bekerja bersama Konami untuk mendekati para peminat global kami yang cukup besar dan memberikan mereka peluang untuk merasai pemain, legenda dan Stadium Emirates yang sangat tepat dalam eFootball PES 2020.”

Kepada peminat siri FIFA, janganlah risau kerana kerjasama ini bukanlah kerjasama eksklusif, tetapi hanya sebagai rakan gaming rasmi. Bermakna, pasukan Arsenal tetap akan ada dalam game-game FIFA akan datang. eFootball PES 2020 akan dilancarkan pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.






Sumber: JomGaming

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media