Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa menggodam dan mencuri daripada sebuah bank untuk membayar keperluan permainan video mudah alih dalam talian Mobile Legends sehingga mengakibatkan institusi kewangan itu mengalami kerugian 1.85 bilion rupiah (RM533,700).
Wanita berkenaan itu mengaku melakukan transaksi dalam talian untuk membeli sesuatu berkaitan permainan Mobile Legends menggunakan akaun maya miliknya. Namun selepas transaksi itu, wanita berkenaaan mendapati baki wang dalam akaunnya tidak berkurangan. Setelah menyedari baki akaunnya tidak berkurangan, wanita berkenaan tersebut terus melakukan transaksi berulang kali, untuk tempoh kira-kira setahun sehingga mencecah 1.85 bilion rupiah (RM533,700).
Nasihat Oh! Media pada pemain pemainan video mudah alih dalam talian diluar sana, seeloknya laporkan sekiranya pekara ini berlaku. Dikhuatiri nasib yang sama akan menimpa korang juga nanti.
Sumber: Oh! Media