Wanita baru bersalin, tiada duit nak pulang ke rumah

BUKAN semua daripada kita bertuah untuk menjalani kehidupan yang senang dan mewah. Masih ramai keluarga di luar sana yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Demikianlah juga kisah yang berlaku ke atas seorang wanita, Siti Aishah yang baru sahaja melahirkan anak di sebuah hospital di Taiping, Perak.

Menerusi satu posting di laman Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Qaseh Syima telah meluahkan perasaan sebaknya apabila berkongsi kisah mengenai Siti Aishah.

Menurut Qaseh Syima, dia mengetahui kesusahan yang dialami Siti Aishah selepas yang secara kebetulan beranak di hospital yang sama dan ditempatkan bersebelahan katil wanita berkenaan.

Ikuti perkongsian Qaseh Syima di bawah:

Sedihnya dengar akak sebelah katil ni.. Baru bersalin czer, suami datang naik motor je.. Kalau balik tak tau nak balik dengn apa..

Bila cakap naik grab dalam RM5, dia cakap RM5 pun takde. Nak bayar bil hospital lagi. Anak macam tak cukup susu, doktor cakap campur susu, dia kata nak makan pun susah.. Allah…

Aku ingat aku susah, rupanya dia lagi susah. Ingat kalau boleh balik kami yang katil sebelah2 offer diri nak tumpangkan balik… Tapi bila doktor tahan lagi biar hospital bagi susu diorang sampai anak turun kuning..

Moga Allah permudahkan urusan dia… Duduk tak jauh pun dengan rumah. Yang duduk sekitar Taiping tu ada tau mana2 bagi bantuan dapur ke apa bagitahu saya.

Posting berkenaan tular di Facebook dengan mendapat lebih 5,000 perkongsian serta pelbagai komen yang rata-rata meluahkan rasa prihatin dan berharap supaya urusan wanita tersebut akan dipermudahkan.



Sumber: kulihatlangitbiru.com