Tidak Salam Sultan Johor, Tun M Pertahan Mukhriz


Susulan insiden Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lalu, Tun M tampil mempertahankan anaknya yang dikecam pelbagai pihak.

Tun M berkata, tanggapan bahawa Mukhriz hendak memboikot Sultan Johor adalah tidak benar. Menurutnya, tindakan berkenaan bukanlah sesuatu yang perlu dipandang serius, kerana ada kala anda tertinggal sesetengah orang, itu tak bermakna anda memboikotnya.

Walaubagaimanapun, setelah insiden berkenaan, Mukhriz mengutus surat kepada Sultan Ibrahim untuk memohon maaf atas perkara itu dan memaklumkan bahawa ia bukan sesuatu yang disengajakan.


Sumber: Oh! Media