Tiba-tiba minta maaf, rupanya Linda Rafar kalah saman dengan jururawat

Sebelum ini gempar mengenai kontroversi pelakon dan penyanyi, Linda Rafar yang mahu menyaman 100 orang netizen kerana berkata buruk mengenai arwah ibunya.

Dia juga membuat sidang media tergempar dengan memberitahu mereka yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan.

Rasa tak tenang kalau tak maafkan

Walau bagaimanapun, hari ini, Linda telah memuat naik satu posting di Instagram dengan memberitahu bahawa dia sudah memaafkan kesemua individu tersebut.

Tambahnya lagi, hal ini dilakukan adalah kerana hatinya berasa tidak tenang selagi tidak memaafkan orang lain.

Ohh kalah saman rupanya…

Walau bagaimanapun, seorang doktor telah menjelaskan perkara sebenar mengapa Linda Rafar membuat permohonan maaf dan memberitahu memaafkan para netizen.

Menerusi Facebook seorang doktor yang dikenali sebagai Rusyainie Ramli, Linda telah pun kalah dalam kes saman melibatkan jururawat yang sebelum ini didakwa bersikap sambil lewa terhadap penjagaan arwah ibunya.

Linda telah kalah dalam kes saman antara jururawat dan juga dirinya. Hal tersebut membuatkan pelakon wanita itu perlu membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram dan juga dikenakan bayaran gantirugi kepada Deligasi Jururawat Malaysia atas tindakannya menularkan kenyataan berunsur fitnah.

Minta maaf ke ni?

Namun begitu, Linda Rafar dilihat tidak bersungguh dalam memohon maaf terhadap jururawat kerana langsung tidak menyebut perkataan jururawat.

Masih sombong

Menerusi komen yang diperoleh daripada Facebook Dr. Rusyainie Ramli, rata-rata netizen seolah-olah mengecam kembali tindakan Linda yang tidak bersungguh dalam meminta maaf.

Mereka turut mendakwa bahawa tindakan artis itu menarik balik keinginan untuk menyaman para netizen adalah disebabkan kalah dalam kes bersama jururawat di mahkamah.

Kalah saman, tapi macam tak minta maaf pun

Jadikan kes selebriti macam ni pengajaran

Ingat dia artis dia bagus ke?

Sumber: Rusyainie Ramli



Sumber: kulihatlangitbiru.com