Tembakan di Masjid Seven Kings Ketika Jemaah Solat Tarawih


Polis menempatkan sejumlah anggotanya di sekitar Masjid Seven Kings, London semalam selepas berlaku insiden tembakan oleh suspek yang tidak dikenali ketika para jemaah sedang menunaikan solat tarawih. Menurut laporan Daily Star, Lelaki itu dihalau oleh para jemaah sebelum dilepaskan tembakan. Polis percaya bahawa lelaki itu menembak dengan pistol kosong.

"Polis dipanggil pada pukul 10.45 malam pada hari Khamis, 9 Mei untuk melaporkan bahawa seorang lelaki dipercayai memiliki senjata api telah memasuki sebuah masjid di High Road in Seven Kings. Lelaki itu dibawa ke luar bangunan oleh orang-orang di dalamnya. Kemudian, satu tembakan dilepaskan."


Kemudian polis menambah "Pada peringkat awal ini, bukti balistik yang pulih dari tempat kejadian menunjukkan bahawa senjata itu adalah pistol tembakan kosong." Portal berita Telegraph melaporkan tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini dan insiden tersebut tidak dikaitkan dengan kegiatan keganasan.

Namun, kawasan sekitar masjid masih ditutup untuk siasatan dan anggota polis ditempatkan bagi memantau keadaan.




Sumber: Oh! Media