Tayangan Filem Sonic The Hedgehog Ditunda Selepas Dikecam


Selepas dikecam dengan dasyat oleh peminat seluruh dunia, Filem Sonic The Hedgehog bakal ditunda sehingga tahun hadapan. Kecaman dan kritikan yang diterima berpunca dari rekaan watak Sonic yang dilihat tidak mengikuti penampilan Sonic yang sebenar dan dikenali selama ini.

Pengarah filem Jeff Fowler turut mengumumkan perkara itu di Twitternya dengan sebuah gambar yang menunjukkan tarikh 2-14-20 yang sepatutnya ditayangkan pada November ini. Mereka juga akan memperbaiki rekaan watak Sonic berkenaan.

Apa yang dapat dilihat dari semua yang berlaku, tindakan Jeff Fowler dan Paramount dalam mereaksi komen dan kritikan peminat amat baik dan mereka dapat menerima semua dengan baik serta menjamin akan memberikan hasil yang juga terbaik. Sama-sama kita nantikan filem Sonic tahun hadapan.



Sumber: Oh! Media