Seminggu meninggal dunia, anak dedah mesej terakhir pengasas Dnars

Hampir seminggu pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, akibat kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand, orang ramai masih tidak putus-putus mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah.

Satu demi satu kebaikan arwah ketika hidup didedahkan oleh pelbagai pihak termasuklah mengenai amal jariah yang dilakukannya selama ini.

Seakan sudah menjangka

Pagi tadi, anak sulung arwah, Iqbal Hakim Jasman, 20, telah memuat naik satu screenshot mesej perbualan WhatsApp mereka ke Instagram, seminggu sebelum nahas itu berlaku.

Sakit-sakit badan

Menerusi perbualan tersebut, arwah Faziani yang dipanggil Mami itu menyatakan bahawa beliau tidak sedap badan.

Arwah turut memberitahu hari kelahirannya adalah pada Sabtu dan menurut cakap orang tua-tua, nyawa akan bercerai dengan badan pada hari yang sama juga.

Orang kata, hari meninggal sama dengan hari lahir

Walau bagaimanapun, Iqbal telah meminta supaya ibunya tidak bercakap sedemikian.

Kata Iqbal, jika ibunya pergi, siapa yang meneruskan perniagaan dan menjaga dia dan tujuh adik-beradiknya yang lain.

Perkongsian tersebut menunjukkan seoalah-olah Faziani sudah mengetahui bahawa ajalnya sudah hampir tiba kerana beliau kembali ke rahmatullah pada pagi Sabtu ketika dalam perjalanan untuk memberi sumbagan zakat kepada pelajar tahfiz.

Sumber: Iqbal Hakim



Sumber: kulihatlangitbiru.com