Selepas Aliff Aziz, Ammar Alfian Pula Buat Hal?!


Nampaknya isu pergolakan rumah tangga kini kian menjadi-jadi di kalangan selebriti tanah air. Setelah Aliff Aziz dan Bella Astillah, kini perkara yang sama turut berlaku keatas Ammar Alfian dan juga isterinya, Nelissa Nezam.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Nelissa Nezam yang meluahkan rasa kecewa dan terkilan kepada suaminya itu kerana berlaku curang pada saat beliau tengah sarat mengandungkan anaknya melalui posting instagram sebelum dipadam oleh beliau.


“Ketika mendapat tahu tentang hal ini, saya rasakan seluruh dunia ini telah musnah dan fikir tidak akan mampu untuk mengharunginya. Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya kembali kuat,” katanya lagi.

“Semoga semuanya akan menjadi lebih baik bermula sekarang, InsyaAllah,” katanya, mengakhiri hantaran itu dengan tanda pagar #singlemother (ibu tunggal).

Sumber: Oh! Media