'Saya Mohon Maaf', Saya Tidak Sengaja', Kata Mukhriz


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, surat yang diutus beliau kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar adalah bagi meminta ampun dan maaf di atas kekhilafannya kerana tidak bersalam dengan baginda di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Menceritakan lanjut berkaitan kejadian, Mukhriz berkata, beliau melihat Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah ke hadapan dan akan memulakan bacaan doa.

"Jadi, saya nak cepat ke sana tapi terlihat Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum bersalaman untuk mengucapkan takziah kepada baginda," katanya.

Mukhriz berkata, beliau mengakui kesilapan dan memohon maaf atas kekhilafan kerana tidak berhenti bersalaman dengan Sultan Ibrahim terlebih dahulu. Menurutnya, Mukhriz telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaan beliau sendiri.

"Ia tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman," kata kenyataan itu lagi.

Sumber: Oh! Media