'Saya cam suara & muka pelaku, monyet itu bos dia punya' - Sumber


"Salam min, saya tau siapa lelaki yang tembak monyet hari tu. Kalau boleh, rahsiakan identiti saya ye min," demikian kata individu yang tampil memberi maklumat mengenai kes lelaki menembak seekor monyet dalam sangkar hanya kerana tidak menyebut 'Baby Sayang' 

Menurut individu berkenaan, si pelaku terbabit satu sekolah dengan dua individu yang sebelum ini mendakwa netizen tidak mengetahui cerita sebenarnya. 

"Ye pasti, sebab dua individu yang mempertahankan pelaku itu dan kata dia tahu perkara sebenar pun satu sekolah juga. Diorang kawan rapat.

"Saya cam suara pelaku dan muka dia. Diorang satu kelas," katanya yang turut menunjukkan beberapa gambar bukti. 

Sementara itu, menurut satu lagi sumber, si pelaku berasal dari Kampung Serdang, Sitiawan, Perak. 

"Dia ni duduk kat Kampung Serdang, Sitiawan, Perak.

"Dia kawan sekampung tapi last nampak dia dah lama sebab dia ni kerja macam-macam. Kejap buat chalet, kejap nelayan," katanya yang juga enggan didedahkan identiti.

Sumber berkata, monyet yang ditembak itu merupakan monyet kepunyaan majikannya dan apabila kes itu viral di media sosial, heboh satu kampung mengenainya. 

"Monyet itu bos dia punya. Memang kecoh satu kampung ler sebab dia memang ramai yang kenal. Kampung-kampung lain pun kenal dia," katanya. 

Terdahulu, viral di media sosial video seorang lelaki menembak mati seekor monyet hanya kerana tidak menyebut 'Baby Sayang'. 

Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit. 

Dalam laporan media semalam, polis sedang menjalankan siasatan sama ada kejadian dalam video itu berlaku di Malaysia atau luar negara. Sementara itu, NGO menawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek. 

LAPORAN BERKAITAN:


Sumber : thereporter.my