Gambar Hiasan |
Seorang pengawal keselamatan yang menemui bayi yang ditinggalkan di dalam tong sampah setelah mendengar salakan anjing berhampiran tong sampah berkenaan kira-kira 6 pagi tadi. Bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan dibalut menggunakan kain berwarna biru dan dilapik menggunakan kotak.
Pengawal keselamatan berkenaan mendakwa bahawa kebiasaannya anjing di kawasan itu tidak akan menyalak dengan kuat terutama pada waktu pagi. Berasa curiga dengan keadaan itu, beliau kemudian memeriksa tong sampah sebelum mendengar tangisan bayi yang sangat kuat. Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital oleh pasukan perubatan yang tiba.
Oh!Media: Kami harap, bayi berkenaan dalam keadaan selamat dan invididu yang membuang bayi berkenaan ditangkap dan diberi hukuman yang sewajarnya.
Sumber: Oh! Media