Esok merupakan hari persaraan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan hari ini Perdana Menteri telah mengumumkan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah menandatangani surat pelantikan Abdul Hamid.
“Ya, saya fikir dialah jadi IGP (Ketua Polis Negara) dan saya rasa YDP Agong sudah tandatangan surat,” katanya.
Perkara itu diberitahu kepada pemberitasemasa majlis Sambutan Hari Pekerja 2019.
Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada Kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa republik itu melumpuhkan kegiatan keganasan Jemaah Islamiah (JI) serta elemen pengganas Daesh.
Sumber: Berita Harian
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media