Pesawat Boeing 737 Tergelincir Ke Dalam Sungai Ketika Mendarat


Sebuah pesawat Boeing 737 telah dilaporkan tergelincir ke dalam sungai St John berhampiran Jacksonville selepas gagal mendarat.

Pesawat yang membawa 136 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan dalam keadaan selamat dan tiada yang hilang, kata jurucakap Stesen Udara Tentera Laut Jacksonville.

Datuk Bandar Jacksonville, berkata di Twitter semua penumpang dan anak kapal ‘hidup dan ada’ tetapi kru berusaha mengawal minyak jet di dalam air.

“Pesawat tidak tenggelam. Semua orang hidup dan tiada yang hilang,” kata Pejabat Sherif Jacksonville di Twitter.
Sumber: Oh! Media