'Perodua dah keluar baby stroller baru ke?' - Netizen terkejut tengok kesan Viva dilanggar Bentley


Sebuah kereta Perodua Viva dilaporkan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta mewah di plaza tol. 

Dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi semalam di Lebuhraya LDP selepas Tol Penchala menghala ke Kuala Lumpur, 

Kereta Bentley dipercayai dipandu dengan laju telah melanggar kereta Perodua Viva dari arah belakang.

Kesan dari pelanggaran itu menyebabkan bahagian belakang Viva remuk teruk dan tiada harapan lagi untuk dibaiki (total lost). Manakala, Bentley hanya mengalami sedikit kerosakan di bahagian hadapan dan 







Tiada maklumat penuh mengenai kejadian itu sama ada ada mangsa yang cedera atau sebaliknya. 

Sementara itu di media sosial, netizen juga memberikan pelbagai reaksi mereka. Tidak kurang juga yang mempersoalkan kualiti kereta Perodua Viva. 



Semoga pemandu Viva berkenaan selamat dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang. 



Sumber : thereporter.my