Pengarah filem Sonic The Hedgehog kini membuat keputusan untuk mengubah semula rekaan karakter Sonic setelah mendapat kecaman yang hebat daripada peminat setiap watak ini. Kecaman ini berikutan trailer pertama yang dikeluarkan Paramount Pictures menunjukkan karakter Sonic yang amat berbeza dari apa yang dikenali peminat.
“Terima kasih untuk sokongannya. Dan kritikannya. Mesejnya terang dan jelas. Kamu tidak suka dengan rekaannya dan kamu mahukan perubahan. Ia akan dilakukan. Semua di Paramount dan Sega berkomited penuh untuk menjadikan karakter ini yang terbaik.”
Thank you for the support. And the criticism. The message is loud and clear... you aren't happy with the design & you want changes. It's going to happen. Everyone at Paramount & Sega are fully committed to making this character the BEST he can be... #sonicmovie #gottafixfast 🔧✌️— Jeff Fowler (@fowltown) May 2, 2019
Sebelum ini, telah ada juga beberapa peminat mengubah sendiri mengikut citarasa mereka yang dilihat sepatutnya dihasilkan sebegitu dan yang paling mendapat perhatian adalah hasil daripada Edward Pun.
Jadi marilah kita sama-sama nantikan trailer seterusnya dan melihat bagaimana agaknya hasil akhir daripada Paramount Pictures selepas diubah.Left is original screenshot. Right is my rework to make #Sonic more stylized. pic.twitter.com/IhXeAZYlQI— Edward Pun (@EdwardPun1) April 30, 2019
Sumber: Oh! Media