Nampaknya, semangat pasukan Liverpool yang diambil oleh skuad Pahang membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-0 pada suka akhir kedua yang sekaligus melayakkan Pahang mengisi slot ke separuh akhir Piala FA.
Perlawanan pada aksi sebelum ini, menyaksikan Pahang ketinggalan 1-2 di Kuala Terengganu, namun semangat perjuangan mereka tidak terpadam apabila mencatat keputusan 5-2 menerusi agregat.
Kesungguhan tuan rumah dapat dilihat apabila menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ketujuh hasil sentuhan pemain tengah, Mohd Faisal Halim.
Selepas rehat, penyerang import, Dickson Nwakaeme menjaringkan gol kedua buat skuad Tok Gajah apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas dijatuhkan Mohd Sufian pada minit ke-46.
Pada minit ke-63, Nwakaeme sekali lagi menambah kekecewaan skuad Penyu apabila menjaringkan gol ketiga disusuli jaringan Sumareh pada minit ke-74.
Sumber: Oh! Media