Kerajaan PH tidak begitu disukai sesetengah rakyat kerana tidak meneruskan amalan pentadbiran lama yang memberi "duit percuma", kata Tun M pada Persidangan Antarabangsa ke-25 mengenai Masa Depan Asia: Mencari Tata Global Baru di Tokyo hari ini.
Tambahnya lagi, kerajaan sedia ada tidak mampu memberikan duit percuma kerana terbeban dengan hutang yang diwarisi dari kerajaan terdahulu. Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, kerajaan perlu berhati-hati serta cermat dalam menguruskan kewangan negara untuk memperbetulkan masalah kewangan.
Tun M mendakwa pentadbiran lama BN bertanggungjawab dalam membentuk mentaliti rakyat yang bergantung kepada bantuan kewangan percuma. Menurutnya, mentaliti seperti itu tidak baik untuk negara.
"Kita mahu betulkan perkara ini. Negara yang rakyatnya bergantung kepada duit percuma daripada kerajaan tidak akan berkembang. Hanya negara yang rakyatnya bekerja keras akan berkembang," katanya.
Kredit : MalaysiaKini
Sumber: Oh! Media