Nak Berjaya Dalam Hidup? Jom Amalkan Tips Ni!


Kadangkala pengalaman dan kejayaan orang lain tu lah akan menjadi inspirasi untuk kita dan boleh dijadikan pengajaran untuk diri sendiri supaya kita dapat memperolehi masa depan yang lebih baik. Mungkin benda tu nampak remeh tapi kalau diamalkan boleh membawa perubahan yang besar kepada diri tau.

Kalau bukan kita yang berusaha mengubah cara hidup kita, siapa lagi kan? Takkan nak mengharapkan mak ayah lagi sampai kita kahwin? Jom kita amalkan tips untuk berjaya ni! InshaAllah, dengan tips ni, manalah tahu korang berjaya dunia akhirat kan? Amin.

Jangan terlalu mengikut

Orang lain buat, kita pun nak ikut apa dia nak buat! Ada tak orang macam ni? Semua benda nak tiru. Kalau tak ikut, tu dah kira ketinggalan zaman lah kononnya. Ceh! Sebenarnya kita tak perlu pun ikut ikut apa yang orang lain buat sebab bukan semuanya baik atau sesuai untuk kita. Cuba buat idea sendiri. Ikut kreativiti sendiri. Buat sesuatu yang kita suka dan rasa selesa. Sesuatu yang akan membawa kebaikan kepada kita. Haaa gitu! 

Belajar kawal emosi

Orang yang tak dapat nak mengawal emosi mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan. Betul tak? Contohnya macam bila dia tengah mengamuk tak tentu pasal, boleh pula dia lepas marah dengan menumbuk dinding sampai tangan berdarah. Dan ada juga bila dia sedih, dia pergi kelar tangan dia sendiri. Tapi sedar tak sedar, korang tahu tak apa korang buat tu salah? Ada rasa menyesal tak lepas tu? Korang dapat apa bila dah buat semua tu? Rasa bersalah ada lah! So, sebelum mengambil sesuatu tindakan atau meluahkan sesuatu, pastikan emosi korang stabil tau.

Kehidupan perlu diteruskan

Kehidupan yang dimiliki adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Walaupun kadangkala kita harus berdepan dengan pelbagai situasi yang merumitkan dan menyedihkan, langkah ke hadapan tetap perlu diteruskan. Kata orang, biarlah kita mengalah tapi jangan sesekali menyerah. Okay?

Harus ada pegangan hidup 

Tanpa pegangan hidup, kita ibarat layang-layang yang terputus talinya. Tiada hala tuju malah masa depan pun nampak gelap. Dengan adanya prinsip hidup kita akan lebih fokus untuk meneruskan kehidupan seharian.

Berfikiran terbuka

Korang kena sentiasa berfikiran terbuka kerana lain situasi, lain caranya untuk kita tangani dan begitu juga lain orang, lain karenah untuk dihadapi. Dengan berfikiran terbuka, kita akan lebih positif dan akan dapat melihat kehidupan dengan lebih jelas.

Pelihara maruah diri

Dalam apa juga situasi, maruah diri harus diutamakan. Bukan sahaja untuk menjaga nama baik diri, tapi juga nama baik agama dan keluarga. Perlu pandai membawa diri dan menjaga batas pergaulan. Hanya dengan cara ini sahaja akan membuatkan orang lebih mudah menghormati kita.

Jangan buang masa

Jangan membazirkan masa korang dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil. Sebelum kita menyesal kerana banyak masa yang telah dirugikan, lebih baik kita isikan masa yang dimiliki sekarang ini dengan melakukan perkara yang lebih berfaedah.

Berangan seiring usaha

Tidak salah untuk berangan. Angan-angan tu merupakan langkah pertama untuk mencapai kejayaan. Tapi kalau tidak disertakan dengan usaha, ia sekadar angan-angan kosong. Usaha tangga kejayaan. Kejayaan takkan datang bergolek.





Sumber: Oh! Media