Minicraft Earth Permainan AR seperti Pokemon Go Telah Diumumkan

S

Minecraft Earth telah mengumumkan permainan berasaskan Augmented Reality (AR). Ianya seperti Pokemon Go yang pernah popular sebelum ini setelah menggunakan sistem tersebut buat kali pertama. Minecraft Earth lebih menyasarkan permainan ini kepada keluarga.

Permainan ini menggunakan teknologi di mana pemain boleh membina bangunan dan meletakkannya seakan dalam dunia sebenar. Mesti ada di antara korang yang tak sabar untuk bermain kan.
Untuk pengetahuan korang, Bangunan ini dibina menggunakan sumber seperti Lego.

Di samping itu, korang boleh berjalan ke taman perumahan dan meletakkannya di permukaan rata di mana saiznya akan menyamai bangunan dunia nyata. Bangunan itu kemudiannya kekal di lokasi itu jadi sesiapa yang melawat taman itu boleh melihat hasil kerja korang

Selain itu, korang juga boleh mengumpul pelbagai haiwan yang terdapat di persekitaran. Minecraft Earth juga meletakkan elemen multiplayer untuk dimainkan bersama rakan dan keluarga serta dapat membina bangunan bersama-sama. Buat sementara ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan. So harap korang bersabar ya.





Sumber: Oh! Media