Messi Tampil Aksi Lebih Garang Halang Pergerakan Liverpool


Lionel Messi sekali lagi menunjukkan kemampunya apabila berjaya membawa Barcelona selangkah ke fina Liga Juara-Juara selepas meledak dua gol yang melihatkan Liverpool tewas 3-0 di Nou Camp, awal pagi tadi.

Luis Suarez yang sebelum ini pernah bermain untuk pasukan Liverpool membuka jaringan pada pertengahan babak sebelum Messi manambah jaringan pada babak kedua.

Gol kedua Messi, menerusi jaringan jarak jauh menakjubkan berpunca sepakan percuma adalah gol ke-600 buat Barca dalam semua kejohanan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hanya mampu tersenyum melihat jaringan berkenaan selepas skuad kendaliannya dilihat berjaya mengimbangi perlawanan terutama pada babak pertama.


Sumber: Oh! Media