Pasukan Manchester United sekali lagi gagal apabila sekadar seri 1-1 menentang pasukan tercorot liga Huddersfield Town malam tadi.
Keputusan ini sekaligus menghancurkan impian United untuk menempatkan pasukan di kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris.
Unite pada mulanya berjaya mempamerkan aksi yang sangat bertenaga dengan membuka gol awal pada minit kelapan menerusi Scott McTominay.
Alexis Sanchez yang membuat penampilan sulung bersama United sejak 2 Mac digantikan di awal permainan babak kedua yang kemudian menyaksikan tuan rumah meledak gol penyamaan menerusi Isaac Mbenza pada minit ke-60.
United dilihat tersentap dengan jaringa itu dan berjaya mencari ruang malalui Pogba, namun sekali lagi ia hanya menyambar palang gol dan Huddersfield berjaya bertahan dengan baik dengan mencuri satu mata dari United.
Sumber: Oh! Media